Saturday 21 February 2009

NEFROLOGI BINTULU




SELAMAT DATANG
KE
UNIT NEFROLOGI, HOSPITAL BINTULU



PENGENALAN


Unit Nefrologi,Hospital Bintulu mula beroperasi di bangunan baru semenjak 08.01.2007. Terletak bersebelahan bangunan utama Hospital Bintulu. Lokasi sebenar dari bandar utama kira-kira 12km manakala dari Lapangan Terbang Bintulu sejauh 30km.
Skop perkhidmatan unit berkenaan masih tertumpu kepada jagaan harian tanpa pakar Nefrologi tetapi keseluruhan akitiviti hemodialisis dipantau oleh pakar Nephrologi Negeri dari Hospital Umum Kuching dengan beberapa siri lawatan ke hospital Bintulu setiap 3 bulan sekali untuk sessi klinik Nefrologi.

SKOP PERKHIDMATAN

i. Jagaan harian rawatan hemodialisis untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang (ESRF) yang telah disahkan oleh Pakar Nefrologi.

ii. Rawatan hemodialisis untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut (ARF)

iii. Sesi Klinik Nefrologi untuk pesakit hemodialisis, selepas pemindahan buah pinggang (post transplant) dan kes-kes rujukan.

iv. Melakukan persediaan Pemindahan buah pinggang ( transplant work-up)

No comments:

Post a Comment